Activision lancarkan anti-cheat “RICOCHET” untuk Warzone dan Vanguard

By Taib Mohamed | October 14, 2021

Selepas menjanjikan ‘sesuatu akan tiba buat penipu’, pihak pembangun Call of Duty hari ini melancarkan sistem anti-cheat, bagi menyelesaikan isu penipun di dalam permainan mereka. 

Pengenalan RICOCHET diumumkan melalui laman Twitter rasmi Call of Duty, di mana ianya akan tiba pada hari pertama kemaskini Pasifik buat Warzone. Ia kemudiannya akan tiba buat Vanguard kemudian tahun ini. 

RICOCHET adalah sistem anti-cheat berasaskan kernel. Namun, ia hanya akan dilancarkan buat pengguna PC sahaja. Walaubagaimanapun, pihak Activision menjanjikan sistem ini “akan memberi faedah buat pengguna konsol” ketika permainan silang platform. 

Sumber: Dot Esports