Activision menyekat cheat yang digunakan di dalam Call of Duty: Warzone

By Hazrul Md Nor | July 16, 2021

Activision secara tidak langsung sudah menyekat pembebasan sistem cheat yang tidak dapat dikesan. Penerbit memohon agar pengembangan sistem dihentikan selepas melihat rakamannya di Call of Duty: Warzone.

PC Gamer melaporkan mengenai cheat itu yang dikenali sebagai User Vision Pro. Ianya adalah sebuah cheat assist dan auto-fire cheat. Ianya berjaya dirakam dan sudah tersebar, menunjukkan kesan di dalam permainan video Call of Duty: Warzone. Ianya tidak dapat dikesan dan dihentikan dan dapat dijalankan di mana-mana platform konsol mahupun PC.

Oleh kerana skrip berjalan di komputer yang berbeza, tidak ada unsur file permainan yang akan diubah. Justeru, ia boleh menepis perisian anti-cheat yang dibuat oleh pembangun. Fakta tentang Call of Duty: Warzone adalah permainan yang digunakan untuk memaparkan perisian cheat sudah memaksa Activision untuk turun padang.

Selepas mereka memaksa untuk penghapusan video yang menampilkan User Vision Pro, Activision kemudiannya menyuruh pencipta User101 untuk menutup laman web yang berkaitan dengan cheat itu dan menghentikan pembangun dari terus membaik pulih sistem itu.

“Kenyataan ini tidak diperlukan. Namun begitu, di atas permintaan Activision Publishing, Inc (“Activision”), saya tidak akan mengembangkan lagi atau menyediakan akses ke atas perisian yang dapat digunakan untuk mengeksploitasi permainan mereka. Saya tidak berniat untuk melakukan apa-apa yang tidak sah.” ujarnya.

“Teknologi jenis ini mempunyai manfaat untuk membantu sebenarnya, contohnya dengan menunjukkan kamera web kepada diri sendiri, anda akan dapat mengawal pergerakan tanpa menggunakan anggota badan. Sayangnya, kerana kemungkinan kesan negatifnya, saya tida akan mengembangkannya dengan lebih jauh.” tambah beliau.

Rakaman sistem ini juga dikongsi melalui akaun Twitter Anti Cheat Police Department, yang membantu menyebarkan pengetahuan mengenai cheat dengan lebih meluas. Selain itu, mereka memberikan amaran kepada pemain bahawa cheat itu sedang di dalam pengembangan.

Mereka bimbang bagaimana cheating menjadi kebiasaan di dalam permainan konsol dan kemungkinan masalah yang dapat dibawa oleh perisian ini ke permainan yang mempunyai pelbagai pemain kompetifif di konsol.