Adakah anda ketagihan permainan video? Ketagihan atau hobi?

By Mike Hayate | September 22, 2021

Sejak tahun lepas, bermulanya fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi detik sukar untuk semua orang.

Ramai orang cuba untuk beradaptasi dan menyesuaikan diri dengan kekangan dan keadaan.

Malah, mereka mula berjinak-jinak dengan permainan video untuk mengisi masa lapang.

Tanpa disedari berkemungkinan kita akan ketagih dengan permainan video tanpa sedar dan terlalu asyik bermain sehingga tidak memberi perhatian kepada perkara yang sepatutnya.

Game addiction - quickmeme

Apa itu ketagihan permainan video?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketagihan permainan video atau gaming disorder adalah satu masalah kesihatan mental.

Maklumat ini dinyatakan di dalam The 11th Revision of the International Classification of Diseases (ICD-11) pada tahun 2018.

Ketagihan permainan video bermaksud tingkahlaku terhadap permainan video yang bercirikan gangguan kawalan terhadap permainan seperti kekerapan, durasi dan intensiti.

Keutamaan kehidupan pula lebih kepada bermain permainan video dan menyebabkan kesan negatif.

1. Mempunyai simptom withdrawal

13 Things Only PC Gamers Would Understand | GAMERS DECIDE

Simptom withdrawal ini berlaku apabila anda tidak bermain permainan video, anda akan berasa gelisah dan tidak senang dan sedih apabila tidak dapat bermain.

2. Tiada toleransi

🐣 25+ Best Memes About No Game No Life Stephanie Cosplay | No Game No Life  Stephanie Cosplay Memes

Anda akan mula berasa anda perlu meluangkan lebih masa untuk bermain permainan video.

3. Kurang minat terhadap hobi lain

Are video games the imposter? - Meme by Peebee :) Memedroid

Anda akan kurang minat terhadap hobi lain atau anda terus hilang minat terhadap hobi yang sebelum ini.

4. Menipu tentang masa bermain permainan video

ARE YOU WINNING SON? - YouTube

Anda akan mula menipu terhadap ahli keluarga, doktor dan orang lain mengenai masa anda peruntukkan bermain permainan video.

Anda sebenarnya bermain lebih lama dari biasa dan terlalu lama tetapi anda mengatakan anda bermain sekejap sahaja.

5. Rosak hubungan

Attractive Guy Girl Advice memes | quickmeme

Hubungan anda juga akan rosak seperti dengan keluarga dan orang tersayang.

Anda juga akan berpontensi untuk kehilangan kerja dan juga menganggu masa untuk belajar jika anda seorang pelajar.

Jadi apa anda perlu buat untuk mengurangkan ketagihan?

1. Peka dengan masa

Anda perlu peka dengan masa bermain supaya masa itu tidak terlalu lama sehingga mengabaikan kesihatan fizikal dan psikologial anda.

2. Aktiviti menyeronokkan

Permainan video adalah aktiviti yang menyeronokkan dan boleh bermanfaat.

Namun, ia bukan rutin harian atau chores yang perlu anda buat setiap masa.

3. Bukan rutin yang memudaratkan.

Jika bermain permainan video bertukar menjadi rutin pertama dalam harian anda sudah pasti anda mempunyai masalah ketagihan.

4. Dapatkan bantuan pakar

Dapatkan bantuan pakar untuk membantu dengan masalah ketagihan anda.

Jika orang terdekat tidak dapat membantu mungkin doktor akan dapat membantu anda.

Konklusi

Akhir kata, ketagihan permainan ini bukan sesuatu yang kita sedar dan boleh memakan diri perlahan-lahan.

Tetapi jika anda tersedar akan kesukaran ketagihan ini anda perlu segera dapatkan bantuan.