Adik Berusia 7 Tahun Ini Adalah Pokemon Master Termuda Di Dunia. Ikuti Kisahnya

By Hazril Md Nor | March 5, 2020

Artikel ini diterjemahkan dari IGN Southeast Asia.

Ramai yang tersenyum apabila adik Simone Lim, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dari Singapura memenangi Kejohanan Antarabangsa Pokemon Oceania Junior Division di Melbourne, Australia baru-baru ini.

Simone hanya memulakan kembara Pokemonnya kurang dari setahun yang lalu. Walaupun memperoleh kemenangan membanggakan itu, perjalanannya dalam pertandingan ini memang comel lagi-lagi apabila abangnya, Alvin memeluknya rapat selepas bergelar juara. Tapi sekarang ramai tertanya, macam mana dia berjaya ke tahap ini pada usia begitu muda?

 

Kembara bermula

Reaksinya selepas menang Kejohanan Antarabangsa Pokemon Oceania Junior Division di Melbourne, Australia

Ramai mungkin menyangka Simone mewarisi minatnya dalam permainan video dari ibu bapanya. Bagaimanapun, ia bukan begitu. Ibu bapanya hanya ingin mengajar dirinya dan adik beradiknya supaya celik ilmu kewangan. Dan kemudian bapanya juga berminat mengajar mereka macam mana nak main trading card.

Permainan kad (trading card game atau TGC) agak kompleks dan setiap kad mempunyai nilai berbeza. Kita boleh anggap ini sebabnya ayahnya menggunakan kaedah ini untuk mengajar ilmu kewangan dan ekonomi.

Bagaimanapun, Alvin yang menunjukkan minat pada TGC antara ketiga-tiga adik beradik itu. Malah, dia sangat bagus sehingga dijemput ke satu kejohanan besar di Sydney dan mengejutkan ahli keluarganya!

Jadi bagaimana Simone memulakan kembaranya dalam Kejohanan Permainan Video Pokemon (VGC)? Dia nampak abangnya terbang ke seluruh dunia untuk bertanding di pertandingan major TGC (sehingga ke Brazil dan USA!). Komennya adalah: “Saya nak ikut jejak langkahnya”.

 

Perjalanannya dalam e-sukan Pokemon

Sebelum ini, Simone hanya bertanding dalam kejohanan kecil di Singapura. Ayahnya memang menyokong dan mengambil upah pemain VGC, Melvin Keh untuk mengajarnya.

Dia memang bersifat terbuka dan ingin belajar, selalu ada buku nota kecil untuk mencatat apa yang dipelajari. Melalui didikan Keh, dia belajar ilmu asas dan Keh juga bantu dia untuk merancang pasukan Pokemon akan digunakan.

Jadi apa pula selepas ni? Selepas Alvin dan Simone mempamerkan prestasi hebat di pertandingan, The Pokemon Company International (TPCI) kemudiannya akan menghantar mereka ke kejohanan berprestij tahun ini.

Pada April ini, mereka akan ke Berlin, Jerman untuk Kejohanan Eropah Antarabangsa dan kemudian Ogos, mereka akan ke London untuk Kejohanan Dunia.

 

Bukan hanya main game semata

Simone dan abangnya, Alvin. Foto: The Straits Times.

Sebagai ibu bapa, Earnie dan Krristine Lim mengaku dengan melihat anak mereka bertanding sebenarnya mengajar mereka banyak kemahiran di dunia nyata.

“Pada mulanya, mereka tak tahu cara untuk tangani keagresifan dari lawan dan akan emosi tapi mereka belajar bagaimana untuk perbaiki kesilapan dari semasa ke semasa,” kata Lim.

Biarpun anak-anak mereka berjaya dalam Pokemon TGC dan VGC, Encik dan Puan Lim masih lagi tegas apabila tiba bab pelajaran. Lim mengatakan jika mereka tak belajar, mereka tak boleh main game.

Bagaimanapun, kedua-dua kanak-kanak ini bertanggungjawab dalam pelajaran. Jika Alvin ingin bertanding dalam kejohanan, dia akan bertanyakan kepada gurunya jika ada tugasan untuk disiapkan terlebih awal.

Lim juga mengatakan Simone tak berapa perform dalam satu ujian mengeja dan sedikit sedih. “Pada akhirnya, dia hanyalah seorang kanak-kanak perempuan dengan ibu bapa yang sentiasa risau,” katanya.

Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di IGN SEA.