Aiman “Sekaiichi” kini pengulas rasmi untuk eMalaysian League, kongsi rasa teruja

By Hazril Md Nor | June 5, 2020

Pengulas permainan video bola sepak FIFA, Aiman Roshizam atau lebih dikenali sebagai Sekaiichi kini sah menjadi pengulas rasmi untuk satu Liga Super musim pertama dianjurkan eMalaysian League.

Liga itu akan berlangsung selama empat bulan menggunakan format Pro Club (11 lawan 11). Bagi Aiman, peluang ini bagai bulan jatuh ke riba.

“Bagi saya, tawaran untuk mengulas pada musim COVID-19 ini boleh dikatakan satu peluang yang besar lebih-lebih lagi apabila Malaysia Premier Futsal League (MPFL) dibatalkan.

“Alhamdulillah, rezeki masih ada dalam bidang pengulasan dan ia terjamin kerana pertandingan ini akan berlangsung berterusan selama empat bulan,” katanya.

Menurut Aiman, eML ini adalah liga yang baru dan satu usaha baik dianjurkan oleh komuniti terdiri daripada sekumpulan pemain Pro Club itu sendiri.

“Apa yang saya nampak ialah penganjuran dijalankan secara teratur dengan memahami hal ehwal pertandingan dan pemain.

“Saya juga teruja bekerjasama dengan komuniti yang menaruh minat tinggi untuk perkasakan landskap Pro Club FIFA di Malaysia,” katanya . 

Tambah Aiman, pemain-pemain FIFA 20 terbaik Malaysia di serata tanah air bertanding untuk membuktikan kebolehan dan kemahiran mereka dalam arena profesional.
 
Aiman sebelum ini pernah mengulas untuk beberapa kejohanan ternama seperti PSG Esports Challenge di Singapura dan menjadi penemubual di PlayStation League Asia di Battle Arena, Kuala Lumpur.
 
Berikut adalah garis masa bagi Liga Super tersebut:
 
 
Skor minggu kedua

Secara keseluruhan, 18 pasukan hebat bertanding di mana dua perlawanan akan bermula setiap Khamis pada jam 11 malam.
Foto: Facebook / eMalaysian League

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.