Airbnb ini memang sesuai untuk peminat game arked

By Hazril Md Nor | May 27, 2021

Bayangkan tempat penginapan sesuai untuk anda yang gemarkan permainan video arked. Inilah tempatnya.

H & H2 ini boleh memuatkan sehingga 18 orang yang mana terdapat lima bilik tidur. Bertempat di Melaka, Airbnb ini diubah suai menggunakan dekorasi yang lebih modern dan penuh dengan perabot baru.

    

Setiap bilik tidur juga dihias berlainan dengan sembilan katil, sesuai dengan konsep arked yang disukai anda sejak kecil. Tema seperti Pokemon dan Hello Kitty antara yang menjadi tumpuan bagi penginapan ini selain terdapat mesin arked boleh dimainkan secara percuma.

Mengenai mesin arked, ia menyediakan lebih 1,000 permainan. Selain itu, terdapat meja Mahjong dan TV Box dengan lebih 1,000 saluran. Kalau nak masak sendiri, ada utensil untuk masak Steamboat!

Selain tema permainan video, bilik tidur ini juga dihiasi dengan katil Tatami dan setiap satunya mempunyai bilik mandi. Setiap bilik tidur juga boleh tambah satu tilam bila perlu.

Airnb ini juga hanya 5 minit perjalanan untuk ke Coconut Shake Klebang, Pantai Klebang dan Dataran 1 Malaysia. Kalau nak pergi Jonker Street, hanya 12-15 minit perjalanan menaiki kereta.

Memang sangat convenient kalau anda nak bawa rakan-rakan bersama bercuti sekali. Mungkin selepas PKP dan kes COVID-19 menurun pada bulan-bulan akan datang!

Untuk membuat tempahan, boleh ke laman airbnb ini, hanya RM467 semalaman.