AJ percaya gandingan trio bersama Eavy, D’Ace akan tukar ‘nasib’ Caracal

By Hazril Md Nor | August 25, 2022

Muhammad Azri Jamaludin ataupun AJ adalah bekas pemain Suhaz Esports yang kini bermain untuk Team Caracal.

Keputusan AJ untuk menyertai pasukan MPL MY S10 ini pastinya mengejutkan peminat Suhaz yang dulu. AJ bagaimanapun mengatakan dia menyertai skuad ini selepas mendapat tahu dua rakannya juga ikut sama menyertai.

“Saya mengambil keputusan masuk selepas pihak Caracal memberitahu yang mereka mengambil Eavy dan juga D’ace. Saya bersetuju kerana saya rasa itu keputusan terbaik menggabungkan kami semula walaupunn masing-masing ada dapat tawaran dari pasukan MPL lain.

“Perasaan saya sangat gembira dan bersyukur sangat bila dapat berjumpa kembali dengan Eavy dan D’ace. Kami juga dikenali sebagai sisatrio dan kami selalu berlatih bertiga untuk kekalkan keserasian itu.

“Dengan ketiadaan Box dan Hyhy agak berlainan untuk kali ini kerana mereka juga memilih haluan mereka sendiri tapi kami bertiga akan tetap berusaha sebaik mungkin. Insya-Allah,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

AJ juga berkata mereka sudah bersiap sedia untuk minggu keempat liga dan dia sedang berusaha masa untuk memahami pemain sedia ada dan cari keserasian.

“Kejutan kali ini saya akan buktikan dengan adanya gameplay trio dari kami akan jadi lebih menarik dan lebih baik untuk Caracal,” katanya.

Akhir sekali, dia berharap di MPL kali ini mereka akan buat yang terbaik dengan adanya keserasian (sisatrio).

“Insya-Allah Caracal akan lepas ke playoff dan terus ke siri M,” katanya.

MPL MY S10 akan memulakan minggu keempat bermula esok dan kini pasukan Caracal berada di kedudukan tercorot kumpulan B.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)