Alberttt dedah cara bermain Ling yang betul

By Hazrul Md Nor | October 14, 2021

Ling adalah salah satu jungler assassin terbaik ketika ini. Kemahiran Finch Poise memberikannya kelebihan untuk bergerak dalam peta dengan pantas.

Hero ini bergantung dengan item dan ia tidak mampu memberikan burst damage yang sangat tinggi pada minit awal permainan seperti Lancelot.

Jika anda mampu farming ke fasa midgame maka Ling akan menjadi salah seorang pemburu yang sangat kuat di Land of Dawn.

Pengendalian hero ini tidak mudah untuk pemain yang baru sahaja belajar menggunakannya. Namun perkara itu tidak berlaku pada Alberttt. 

Kemahiran mekanikal yang dimiliki Alberttt dalam menggunakan hero ini di dalam liga MPL sememangnya harus diberikan pujian.

Beliau lincah di dalam melakukan rotasi dan farming. Boleh dikatakan winning rate menggunakan Ling untuk pasukan RRQ Hoshi adalah sangat tinggi.

Kini, Alberttt mendedahkan cara beliau bermain Ling di Youtube sempena pengikutnya mencapai 1 juta di platform itu.

Ternyata jari Alberttt sangat pantas menyentuh skrin telefon pintar untuk melakukan combo Ling. Map awareness beliau juga sangat bagus untuk mengetahui gerakan musuh.

Selepas melihat video ini, adakah anda akan mencuba untuk bermain Ling? Sila nyatakan komen anda di ruangan yang disediakan.