Among Us dengan 100 orang pemain?

By Hazril Md Nor | October 7, 2020

Bagaimana Among Us dimainkan dengan 100 orang dalam satu peta? seorang Youtuber, The Pixel Kingdom memuat naik satu video animasi (bukan Mod) yang menunjukkan keadaan ini.

Dalam video tersebut, memang mustahil untuk membunuh kru kapal kerana terlalu ramai bergerak bersama melakukan tugasan. Selain itu, emergency meeting juga terlalu banyak karenah sampaikan tiada keputusan dapat dibuat.

Akhir sekali, Impostor tersebut, Steve membuat keputusan untuk meletupkan kapal angkasa dan membiarkan semua orang dikeluarkan kerana tarikan anti graviti. 

Walaupun ia bukanlah mod dan hanya animasi, video pendek ini cukup kelakar untuk membuatkan pemain membayangkan situasi itu terjadi dalam permainan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.