Among Us: Dilema sebagai pemain solo

By Hazril Md Nor | October 9, 2020

Among Us adalah permainan yang sohor kini dan biasa dimainkan dengan kawan-kawan. Bagaimana pula dengan anda yang juga pemain solo? kadang-kadang ada masalah yang anda hadapi apabila masuk room dan dalam permainan.

Ini antara dilema yang anda perlu hadap sebagai pemain solo. Mesti pernah kena punya lah!

 

1. Ada ramai orang leave

Lobi dah penuh tapi bila mula saja permainan, akan ada seorang dua tinggalkan permainan secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membuatkan anda rasa sedikit kecewa sebab dah berkurangan pemain.

Biasanya, mereka akan disconnected ataupun keluar secara sengaja sebab tak dapat jadi Impostor. Ya betul! Ada pemain yang akan keluar permainan setiap kali mereka gagal jadi Impostor. Walaupun ada penalti dikenakan terhadap mereka, masih ramai pemain mengulangi perbuatan ini.

Pun begitu, anda hanya perlu menikmati permainan tersebut dan jadikan ia seronok seperti biasa. Tak perlu keluar permainan ataupun marah dengan keadaan!

 

2. Nak pilih warna, ada orang dah ambil pula

Ada pemain yang sangat mementingkan identiti mereka dalam permainan. Hitam melambangkan misteri, kuning adalah watak yang baik dan sebagainya.

Jika anda pemain solo, pastinya ada pemain yang sudah ‘mengambil’ identiti anda sewaktu anda ingin menukar warna. Bukan itu saja, aksesori juga mungkin diambil sekali.

 

3. Kurang mahir bahasa Inggeris, macam mana?

Jika bermain seorang diri, pemain Among Us biasanya akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Jika anda kurang mahir bahasa Inggeris, pastinya agak sukar untuk menuduh ataupun menyelamatkan diri. 

Namun, dari segi positifnya, permainan ini akan membuatkan anda mahir dalam Bahasa Inggeris dan memahami perbualan kasual yang ditulis oleh setiap pemain. Setiap hari anda akan belajar perkataan baharu, bukannya sekadar ‘suspicious’ ataupun ‘why and where?’

 

4. Tiba-tiba ada emergency meeting?

Tak tahu sama ada mahu troll ataupun apa, tapi yang pasti, akan ada permainan di mana pemain tiba-tiba menekan butang emergency meeting. Baru nak gerak dah ada meeting! Kalau tetapan permainan itu menambahkan masa proses mengundi, pastinya menjengkelkan untuk menunggu sesi ini berlalu.

Penulis pernah menunggu lebih satu minit menantikan pemanggil meeting ini membuat undian. Sudahnya, semua pemain sepakat mengundi tendang keluar mereka yang ‘gatal tangan’ menekan butang ini pada awal permainan. Cukup kelakar! 

 

5. Terlalu percayakan orang

Disebabkan anda bermain solo, susah untuk percaya orang yang anda belum kenal. Mungkin anda rasa dia kawan dan selalu mengikutnya menyiapkan tugasan. Sudahnya, dia pula akan membunuh anda. 

Jika bermain solo, tak boleh nak ‘team up’ sebab tak ada kawan baik main bersama. Pendek kata, tak ada siapa pun anda boleh percaya!

Apa lagi dilema yang anda selalu hadapi? Kongsikan dengan kami di Facebook!