Antagonis legenda siri Far Cry akan kembali ke Far Cry 6 pada minggu hadapan

By syazwanbahri | November 11, 2021

Pengembangan premium pertama Far Cry 6, Vaas: Insanity, akan dilancarkan pada 16 November. Ia adalah sebahagian daripada pas musim bernilai AS$39.99 (RM166) bagi kandungan pasca pelancaran yang akan meninjau semula jiwa penjahat siri dunia terbuka yang paling gila dalam sejarah Far Cry.

Vaas: Insanity meletakkan Michael Mando kembali sebagai Vaas Montenegro, ketua lanun dan antagonis pada Far Cry 3  yang dilancarkan pada tahun 2012.

Ia akan menjadi pengalaman baharu yang diilhamkan oleh genre roguelite, kata Ubisoft dalam sebuah kenyataan. Pemain akan bermula dengan hanya sepucuk pistol, dan mesti mencari senjata dan peningkatan kuasa baharu untuk meneruskan perjalanan mereka lebih dalam ke dalam fikiran Vaas yang berputar belit.

‘Vaas: Insanity akan memberikan peluang unik untuk lebih memahami masa lalu, masalah peribadi dan motivasi Vaas,’ kata Ubisoft.

Pas musim Far Cry 6 akan menyampaikan dua lagi pengembangan, iaitu berkenaan antagonis Far Cry 4, Pagan Min pada bulan Januari dan antagnonis Far Cry 5, Joseph Seed pada bulan Mac. Pas musim itu juga akan menyertakan versi terkini spinoff Far Cry 3: Blood Dragon yang unik yang dilancarkan pada 2013, yang akan datang pada bulan Disember.



Pelan hala tuju Far Cry 6 selepas pelancaran juga menawarkan dua lagi operasi khas, secara percuma, bulan ini iaitu Puerta del Eden dan Malagua, diikuti dengan tiga misi silang, juga percuma.

Itu termasuk ‘Danny & Dani vs. Everybody,’ yang menampilkan Danny Trejo serta ‘Rambo: All The Blood,’ pada bulan Februari, dan ‘The Vanishing,’ kempen silang dengan Stranger Things pada bulan Mac.