Anthem: Ini Adalah Ultimate Bagi Setiap Javelin

By Hazril Md Nor | January 26, 2019

Anthem memberikan pemain kebolehan untuk menggunakan kuasa yang tiada tolok bandingnya.

Dalam keadaan yang memaksa pemain berfikir di luar kotak, mereka boleh gunakan special ultimate untuk menukar keadaan medan pertarungan.

Kuasa ini akan dicaj secara perlahan sebelum boleh digunakan. Kalau yang dah mahir, mereka boleh make use serangan berkuasa ini untuk melenyapkan musuh yang ramai dan membantu ahli skuad dalam kesukaran. 

Juga ada items (Materwork rarity atau lagi tinggi) yang boleh mempercepatkan caj untuk menggunakan ultimate.

Ranger – Multi-Target Missile Battery

Sesuai dengan set senjatanya yang dikhaskan untuk mengenakan damage secara konsisten kepada musuh, Ranger mempunyai ultimate yang sesuai untuk memburu musuh dengan kelajuan luar biasa. Ia menyasar musuh-musuh ini dan mengeluarkan misil untuk menamatkan riwayat mereka.

Disebabkan faktor versatility pemakainya, Ranger punya ultimate ini boleh menghapuskan sejumlah musuh sekali gus.

Colossus – Siege Cannon

Colossus mara ke depan dan cetuskan huru hara di medan pertarungan. Ultimatenya membolehkan pemakai javelin ini melancarkan beberapa tembakan yang menghasilkan letupan besar, sangat ideal untuk lenyapkan musuh lebih kecil ataupun mengawal musuh di lokasi sempit. Ia juga digunakan untuk mencederakan bos yang agak kebal dengan serangan lain.

Storm – Elemental Storm

Dengan kemahiran mengawal elemen dan pergerakan energi, Storm boleh memanggil satu kuasa torrent di sasaran. Storm gabungkan elemen sejuk, elektrik dan api yang dikenakan berulang kali sebelum menghabiskannya dengan satu blast cukup hebat. Ia amat berguna untuk musuh yang berkelompok dan berkumpul di satu kawasan.

Interceptor – Assassin’s Blades

Pemakai javelin ini menjadi supercharged, melengkapkan dirinya dengan Assassin’s Blades untuk membantai musuh dengan kelajuan luar biasa. Setiap tetakan dirasakan seperti ditetak berulang kali dengan durasi selama 10 saat. Ia adalah serangan yang digunakan untuk musuh lebih kuat ataupun menghapuskan fauna kecil dengan kadar segera. 

Dah nama pun ultimate, pastinya ia sesuai digunakan pada saat-saat genting, yang mana korang rasa pertempuran dirasakan makin sukar. Gunakan dengan betul, korang boleh survive lebih lama dalam Anthem!

Sumber: EA