Apex Legends di Switch boleh dimainkan dalam resolusi 720p

By Hazril Md Nor | March 9, 2021

Apex Legends akan dilancarkan di Switch esok dan menawarkan fungsi cross-play. Ini bermakna ia memberi peluang kepada anda mencuba kemahiran ke atas pemain lain di platform berlainan. 

Menurut laman web Famitsu, Andy Boggs selaku Pengarah Teknikal Panic Button berkata, permainan ini akan dimainkan dalam resolusi 720p di TV manakala dalam mod mudah alih adalah 576p dengan kadar kelancaran 30FPS.

Bagaimanapun setakat ini, tiada berita mengatakan ia boleh dimainkan pada kadar 60FPS. Pembangun Apex juga mengatakan cabaran mereka adalah memastikan permainan itu dioptimumkan untuk mod mudah alih.

Foto: Eurogamer