Apex Legends: Karakter Baru Pakar Penggodam Diacah Oleh Respawn

By Intan Mawarni | August 5, 2019

Meskipun Apex Legends baru sahaja menampilkan Wattson untuk Season 2, terdapat Legend baru yang mungkin terjun masuk ke King’s Canyon.

Menurut PC Gamer (melalui Dot Esports), seorang pembangun Respawn Entertainment bernama Tina Sanchez memuat naik gambar yang menunjukkan dia memakai sut pengesan pergerakan (motion capture) di laman Twitter dengan kapsyen merujuk kepada Apex Legends.

Ramai peminat cuba merungkai apakah perkara baru dalam Apex Legends atau apa yang lebih menarik, siapakah karakter baru yang bakal menerjah ke dalam game battle royale ini?

Seorang pemain Apex Legends membalas jika gambar ini mungkin berkaitan dengan karakter bernama Crypto tetapi pembangun tidak berkata apa-apa dan membalas dengan satu emoji.

Crypto ialah seorang pakar penggodam mula dikenali oleh pemain apabila seorang dataminer menggali fail bernama DEATH_SWORD yang mungkin merujuk kepada kebolehannya dan gambarnya yang menyarung pedang diletakkan di belakang karakter didedahkan di Reddit.

Gambar u/Dremurer daripada Dot Esports

Sejak kemunculan laptop di King’s Canyon sebelum permulaan Season 2, semakin ramai pemain berasa yakin Crypto adalah Legends ke-11 yang akan muncul dalam Apex Legends. Adakah korang tak sabar nak main sebagai Crypto? Kongsikan pendapat bersama kami.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.