Apex Legends: Kawalan Keyboard & Mouse Di Konsol Tidak Dibenarkan Sama Sekali, Kata Respawn

By Intan Mawarni | July 22, 2019

Amaran kepada pemain Apex Legends yang menggunakan keyboard dan mouse di konsol.

Musim kedua Battle Pass menampilkan karakter baru, Wattson dan Respawn sedang giat menjalankan kerja-kerja untuk mengesan penggunaan ‘alternatif’ ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan permainan.

Menurut pengurus komuniti, Jayfresh_Respawn berkata di Reddit, “Kesimpulannya, penggunaan keyboard dan mouse tidak dibenarkan sama sekali. Kami sedang menyiasat cara uji secara dalaman untuk kesan jika pemain berbuat demikian.”

Penggunaan keyboard dan mouse di konsol sering terpalit dengan kontroversi kerana ini membolehkan pemain membidik lebih laju dan tepat dengan bantuan sasar berbanding pengguna controller.

Walaubagaimanapun, Microsoft mengumumkan lebih banyak game menerima sokongan penggunaan keyboard dan mouse di Xbox One seperti Fortnite, Metro Exodus, Paladins, Warframe dan banyak lagi.

Lebih mengejutkan lagi, Apex Legends juga boleh dimainkan dengan keyboard dan mouse bermula dari bulan Februari lalu.

Penggunaan ini dibolehkan dengan XIM Adapter yang mana memberi kawalan alternatif yang mengolah kawalan keyboard dan mouse untuk jadi hampir sama seperti controller Xbox One. Ini menjadi satu isu besar kerana pemain ini dapat bidik dengan lebih bagus berbanding controller seperti dalam Overwatch dan Fortnite.

Seliaan penggunaan keyboard dan mouse juga boleh dikira sebagai usaha pembangun untuk menyeimbangkan permainan. Baru-baru ini, Respawn juga membanteras cheater dengan meletakkan semua cheater dalam perlawanan yang sama. 

Namun, penggunaan keyboard dan mouse adalah sangat bermakna bagi pemain kelainan upaya untuk merasai permainan bersama-sama rakan taulan menurut laporan Polygon ini.

Apex Legends percuma dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: Polygon

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.