Apex Legends Mungkin Akan Hadir Ke Android & iOS?

By Hazril Md Nor | February 8, 2019

Tanpa angin tanpa ribut. Apex Legends tak mempunyai teknik pemasaran hebat untuk pra-pelancarannya tapi tengoklah sekarang, ramai yang menggilai permainan video Battle Royale ini!

Apex Legends, yang diletakkan dalam universe Titanfall berjaya mengumpulkan 10 juta pemain di seluruh dunia dan angka itu akan terus meningkat kalau ia hadir ke Android dan iOS macam PUBG Mobile dan Fortnite. Dan nampaknya, EA dah pun mempunyai perancangan untuk ini!

CEO EA, Andrew Wilson mengatakan ada kemungkinan untuk versi peranti pintar.

“Kami ingin mencari cara untuk membawakan permainan ini ke mobile dan seterusnya buat cross-over. Saya rasakan permainan ini ada nilai tinggi di Asia,”

Pastinya pasaran peranti pintar adalah sangat menguntungkan untuk permainan Battle Royale contohnya Fortnite dan PUBG yang untung sehingga berbilion. 

Apex Legends mungkin nampak sama dengan permainan Battle Royale lain tapi ia lebih mendalam dengan penggunaan special abilities, Ultimates, sistem ping dan macam-macam lagi. Jadi untuk itu, bagi membawakan permaianan ini ke peranti pintar dengan butang kawalan yang berkesan mungkin lebih susah untuk dilakukan. Ia juga lebih cantik dari segi visual dan mungkin akan diturunkan kualitinya untuk peranti pintar.

Walaupun masih di peringkat ‘kanak-kanak’, susah untuk jangka kalau Apex Legends adalah fenomena masa pendek atau terus berkembang. Marilah kita harapkan yang terbaik!

Mainkan Apex Legends di PC, PS4 dan Xbox One secara percuma.

Sumber: Gamerant

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.