Apple akan membuang permainan video indie yang tiada kemaskini selama dua tahun

By Mike Hayate | April 25, 2022

Apply kini dalam fasa memperbaharui App Store mereka.

Syarikat gergasi itu berharap mereka dapat memudahkan lagi pengguna untuk menggunakan App Store.

Apple akan membuang semua aplikasi yang tiada kemaskini selama dua tahun di gedung itu.

Namun kesilapan berlaku apabila ramai pencipta permainan video indie mengatakan permainan mereka dibuang dari App Store.

“Kami akan melaksanakan proses evaluasi aplikasi dan akan membuang aplikasi yang tidak lagi berfungsi seperti dimahukan serta tidak mengikut garis panduan dan ketinggalan zaman,” menurut Apple.

Namun, hal ini menjadi bertentangan apabila ramai pencipta individu mendapat notis permainan mereka akan dibuang dari App Store dalam 30 hari.

“Sangat mendukacitakan. Apple baru sahaja menghantar email mengatakan mereka akan membuang permainan video percuma saya Mitvoto kerana aplikasi itu lebih dari 2 tahun,” ujar Protopop Games.

Semua ini dikatakan sebahagian dari daripada penambahbaikan App Store.

“Ini tidak adil. Permainan video konsol dari tahun 2000 masih ada untuk dibeli,” tambah Protopop Games.

Nampaknya Apple sekarang menggunakan pendekatan drastik dan banyak lagi permainan video indie lain akan terkena.

Langkah yang tidak wajar untuk Apple.

Rujukan: VGC