Arcane lagi popular dari Squid Game selepas 3 hari tayangan di Netflix

By Taib Mohamed | November 9, 2021

Hanya selepas tiga hari tayangan perdana siri animasi League of Legends, Arcane ditayangkan di Netflix, ia kini sudah merampas kedudukan drama Korea, Squid Game sebagai rancangan paling popular di 37 buah negara.

Sebelum ini, Squid Game sudah mengungguli carta itu selama dua bulan dengan jumlah penonton seramai 111 juta pada hari pertama pelancarannya. 

Arcane, siri yang berasaskan hero League of Legends, yang berlatarkan dunia Runeterra di sebuah daerah bernama Zaun di bandar Piltover.

Ia juga menampilkan kisah di sekeliling Vi yang disuarakan oleh Hailee Steinfeld bersama watak-watak champion yang terkenal di dalam LoL yang lain seperti Jinx, Jayce, Caitlyn, Silco, Mel, Vander dan Viktor.

Arcane juga dikatakan mendapat sambutan yang cukup popular di China. Meskipun Netflix tidak tersedia di sana, siri animasi ini mendapat jumlah penonton seramai 130 juta dalam hanya beberapa jam dan menjadi carian yang paling kerap dicari melalui servis streaming Tencent. 

Siri Arcane ini adalah langkah pertama pihak Riot untuk menembusi industri hiburan melalui filem, rancangan TV dan animasi dan mereka merancang untuk meluaskan lagi langkah mereka di dalam industri ini.  

Buat masa ini, hanya tiga episod pertama Arcane yang ditayangkan dan mereka akan menayangkan dua lagi bahagian sepanjang November ini.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.