Arctic Mode Akan Hadir Esok Ke PUBG Mobile

By Hazril Md Nor | April 15, 2020

Bermula esok, pemain PUBG Mobile akan dapat mencuba mod baru iaitu Arctic Mode.

Mod ini adalah sebahagian dari mod permainan EvoGround.

Lebih menariknya, ia menggunakan peta Vikendi yang sejuk dan mencabar pemain untuk mengekalkan suhu badan avatar mereka dalam pelbagai cara bagi menyelamatkan diri dari ribut artik.

Pemain perlu bekerjasama untuk meninggikan suhu badan kerana seperti berada di luar bulatan, ia akan mencederakan mereka. Selain perlu berdepan ribut artik, pemain perlu bertahan dari serangan musuh dan gunakan taktik untuk selamat dalam medan pertarungan ini. Cara untuk kekalkan suhu badan:

  • Gunakan lighter untuk mencipta api di tempat selamat dan gunakan tenaga anda untuk mencari ranting kayu bagi terus memarakkan lagi api.
  • Buru ayam liar dan kumpul daging mereka. Ia boleh dimasak untuk dimakan dan menaikkan suhu badan.
  • Gunakan sumber lain seperti pemanas dan pek nyawa

Tambahan dari mod baru tersebut, papan salji dari Festival Winter juga boleh digunakan untuk pemain meluncur dalam salji. Selain itu, ada dron boleh dikawal yang pemain akan boleh tengok kawasan-kawasan lain untuk bantuan taktikal.