Arena Breakout – FPS strategi dari Tencent untuk peranti pintar

By Mike Hayate | August 4, 2021

Tencent Games mengumumkan permainan baharu untuk peranti pintar iaitu Arena Breakout, sebuah FPS strategi.

Arena Breakout ini akan mempunyai sistem yang seakan-akan Escape from Tarkov iaitu sistem kecederaan sendiri.

Sistem ini akan membuat permainan anda lebih realistik iaitu karakter yang anda kawal juga akan merasa kesakitan dan juga kelaparan.

Ia akan mengambil kira setiap anggota badan anda yang cedera.

Setakat ini Arena Breakout adalah permainan video pertama yang mempunyai perincian ini.

Tencent announced Arena Breakout

Tencent juga memberitahu mereka akan cuba untuk tidak menyamakan permainan ini dengan Escape From Tarkov.

Hanya negara China sahaja yang mempunyai Arena Breakout dan beta akan dilancarkan pada 12 Ogos ini.

Adakah Arena Breakout akan menjadi popular seperti Call Of Duty Mobile dan PUBG Mobile?