Asia Pacific Predator League Kini Kembali – Tawar Hadiah Keseluruhan RM1.67 Juta, Kejohanan Utama Di Filipina

By Hazril Md Nor | October 4, 2019

Asia Pacific Predator League kembali untuk sesi 2020! kali ini menawarkan hadiah wang tunai AS$400,000 (RM1.67 juta), mempertandingkan dua e-sukan popular iaitu Dota 2 dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Ia akan diadakan pada 22 dan 23 Februari 2020 di SM Mall of Asia Arena, Pasay City, Manila, Filipina.

Sebanyak 17 negara akan mengambil bahagian di mana pusingan kelayakan untuk Malaysia akan berlangsung dalam bulan ini. Bagi anda yang ingin mendaftar, bolehlah ke https://www.predator-league.com/regionrules?region=MY.

Yang menariknya, pusingan kelayakan di Malaysia ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM100,000.

Bagi Dota 2, pusingan kelayakan akan diadakan di empat lokasi iaitu di Mineski Infinity Kuala Lumpur, Mineski Esport Arena Selangor, Eternity Esport Pulau Pinang dan Gizmo Arena Sarawak.

Selain itu, terdapat dua pusingan kelayakan dalam talian (online) boleh disertai.

Pasukan Malaysia yang layak ke peringkat seterusnya akan bertemu di pusingan akhir diadakan di Level Up KL, KLCC pada 9 dan 10 November ini.

 

PUBG pula akan dijalankan pusingan kelayakan pada tarikh-tarikh di atas dan Grand Final untuk peringkat kebangsaan bermula pada 7 dan 8 Disember ini di Battle Arena, Jaya Shopping Centre dalam mod FPP bagi dua peta, Miramar dan Erangel.

Bagi peringkat Malaysia, pecahan hadiah keseluruhan adalah RM50,000 untuk Dota 2 manakala RM24,000 bagi PUBG selain hadiah lain bernilai RM26,000. 

Juara Malaysia seterusnya akan berentap di Manila pada Februari tahun depan.

Sedikit mengenai liga ini, ia pada mulanya diadakan pada tahun 2018 di Jakarta, Indonesia dan di Bangkok, Thailand pada tahun ini. 17 negara yang terlibat adalah Australia, Bangladesh, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Macau, Mongolia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.