Assassin’s Creed Bakal Merentas Masuk Ke Dalam For Honor

By Intan Mawarni | December 20, 2018

Kita bakal ada satu rojak besar game buatan Ubisoft.

Ubisoft mengacah kandungan baru untuk For Honor yang melibatkan sebuah game terkenal Ubisoft, Assassin’s Creed.

Pengumuman ini dibuat melalui akaun Twitter rasmi For Honor dengan kapsyen “Nothing is true, everything is permitted” iaitu cogan kata yang dipegang oleh persatuan Assassin bersama dengan satu video menunjukkan lambang Abstergo.

Abstergo pula adalah satu organisasi dikepalai oleh Templar yang berselindung sebagai operasi teknologi hiburan di zaman moden. Bagi yang kurang mengetahui tentang Assassin’s Creed, Templar merupakan musuh ketat Assassin sejak peradaban pertama diwujudkan. 

Persengketaan antara dua persatuan ini pernah disertakan dalam game Ubisoft lain seperti Watch_Dogs yang mana protagonis utama terserempak dengan pekerja dan bos Abstergo. Namun, ini adalah pertama kali Abstergo diacah dalam For Honor.

For Honor adalah game aksi tempur berlatarbelakang zaman medieval yang mana pemain boleh berlawan menggunakan empat Faction berbeza iaitu knightsamurai, viking dan Faction terbaru dipanggil sebagai Wu Lin bersama 4 hero baru dalam sebuah expansion Marching Fire.

Buat masa sekarang, kami masih lagi tidak tahu kandungan Assassin’s Creed apa bakal dimasukkan dalam For Honor. Tambahan pula, game developer dari Perancis telah umumkan pelan kandungan baru akan datang pada tahun hadapan di dalam Year of the Harbinger.

Ubisoft akan umumkan kandungan baru selanjutnya semasa satu siaran langsung pada 21 Disember pukul 1 pagi (waktu tempatan).

For Honor telah dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One.