Assassin’s Creed Infinity bukan permainan percuma

By Taib Mohamed | October 29, 2021

CEO Ubisoft, Yves Guillemot baru-baru ini membocorkan bahawa permainan Assassin’s Creed Infinity bukan permainan percuma. Hal ini diperkatakan ketika sebuah panggilan bersama pelabur baru-baru ini. 

Beliau juga menambah bahawa pembangunan permainan Assassin’s Creed Infinity masih lagi di dalam peringkat awal jadi buat masa ini masih tiada perincian atau selingan mengenai permainan itu. 

Tetapi, Guillemot juga memberikan sedikit gambaran mengenai apa yang boleh dijangkakan mengenai permainan ini. 

“Ia akan menjadi sebuah permainan yang sangat inovatif tetapi ia akan mempunyai apa yang pemain-pemain pernah ada di dalam permainan Assassin’s Creed sebelum ini, seperti elemen-elemen kegemaran mereka.

“Ia akan menjadi permainan yang cukup besar dengan pelbagai elemen yang pernah wujud di dalam permainan yang pernah kami terbitkan sebelum ini,” tambahnya. 

Pembangunan Assassin’s Creed Infinity diumumkan pada musim panas tahun ini. Permainan ini merupakan langkah baru daripada pembangun terhadap francais ini yang mana mereka mengetengahkan ciri-ciri ‘live-service‘ yang akan tiba di dalam permainan ini. 

Sumber: ComicBook.