Axiata Melancarkan Game Hero – Pertandingan Free Fire Dengan Hadiah Wang Terkumpul RM500,000

By Intan Mawarni | June 19, 2019

Berita baik kepada pengguna Celcom dan peminat Free Fire.

Axiata Group Berhad baru-baru ini telah melancarkan Axiata Game Hero buat pertama kali iaitu sebuah pertandingan game battle royale mobile, Free Fire dan berpeluang untuk membawa pulang bahagian hadiah wang terkumpul sebanyak RM500,000.

Game Hero pertama ini diadakan dengan kerjasama syarikat Axiata di seratau Asia iaitu Celcom Axiata (Malaysia), Smart Axiata (Kemboja), XL Axiata (Indonesia) dan Robi Axiata (Bangladesh).

3 pasukan teratas dari empat negara Asia terpilih bakal diterbang ke Kuala Lumpur untuk peringkat akhir Game Hero yang bakal diadakan pada November ini bagi merebut hadiah utama. 

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai Axiata Game Hero, penyertaan dibuka untuk semua pelanggan Celcom yang melanggan yuran mingguan sebanyak RM4 dan harus bermain Free Fire dengan langganan aktif sepanjang pertandingan ini berlangsung iaitu selama 4 bulan.

Kumpulkan ahli Free Fire korang dan daftarkan diri di laman sesawang Axiata Game Hero.