Bagi sokongan dekat Soloz, Aul, Xorn dan ramai lagi dalam Mobile Legends All Star Malaysia 2021

By Taib Mohamed | September 28, 2021

Bersempena ulangtahun Mobile Legends: Bang Bang kelima ini, Moonton menjemput anda untuk meraikannya bersama selebriti dan pempengaruh kegemaran pada 2 Oktober ini.

Bintang selebriti Ismail Izzani dan Sabrina Rusli daripada kumpulan DOLLA akan menjadi ketua pasukan bagi memenangi hadiah eksklusif dan sumbangan untuk sebuah pusat kebajikan tempatan di bawah nama pasukan mereka.

Berikut ialah ahli setiap pasukan All-Star:

Team Sabronzo

  1. Sabrina (Kapten)
  2. Soloz
  3. Ombong Haha
  4. Asyraf Rozami
  5. HomeBois Aul

Team Ismail

  1. Ismail (Kapten)
  2. XK Penjahat
  3. Daddyhood
  4. Intan Serah
  5. Geek Fam Xorn

Perlawanan kedua pasukan ini akan berlangsung secara Classic 5v5 selain beberapa mod lain.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulangtahun tahun ini, para peminat boleh saksikan sebuah muzik video yang menampilkan kedua-dua kapten pasukan di samping hero yang baru dikenakan revamp dan Miya bersama skin Anniversary.

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan Mobile Legends: Bang Bang All-Star Funmatch yang akan mula ditayang secara langsung pada 8.00 malam, di saluran YouTube dan laman Facebook Mobile Legends: Bang Bang.