Beberapa Studio Sony Sudah Mempunyai Development Kits Untuk PlayStation 5

By Hazril Md Nor | January 29, 2019

Tak ada apa lagi yang rasmi bagi PlayStation 5 tapi Sony nampaknya dah bersedia untuk kehadirannya. 

Kita boleh nampak senarai pekerjaan yang ditawarkan dan sekarang analis mengatakan terdapat beberapa studio yang dah pun menerima development kits.

Analis Daniel Ahmed mengatakan “PS5 dev kits dah pun berada di luar sana dan saya mendengar khabar positif mengenainya. Tapi saya tak rasa ada pendedahan lain akan berlaku dalam masa terdekat.

“2019 akan menjadi tahun yang positif untuk Sony. Mereka mempunyai beberapa permainan video yang belum diumumkan (ada juga dari IP yang sama) bersama PS4 tapi saya rasa ada dah game yang dibincangkan untuk keluaran konsol seterusnya. Secara keseluruhan, saya rasa fokus utama Sony adalah di PS5 sekarang,”

Last of Us Part II mungkin akan dikeluarkan juga untuk PlayStation 5 dengan visual lebih canggih apabila dia diportkan dari PS4

Kita mungkin akan nampak PlayStation 5 pada pertengahan atau penghujung tahun dengan kembalinya PlayStation Experience. Mungkin juga Sony sedang mengusahakan untuk port The Last of Us Part II, Death Stranding dan macam-macam lagi IP yang ditunda dan dinantikan pelancarannya tahun ini atau tahun depan.

Apa yang pasti, jangkaan untuk PlayStation 5 tiba di pasaran ialah pada tahun 2020.

Sumber: Comicbook