Bekas pembangun Battlefield bangunkan sebuah permainan baru

By Taib Mohamed | December 8, 2021

Bekas pembangun di Electronic Arts yang bertindak disebalik tabir pembangunan Battlefield, Patrick Soderlund dikatakan sedang membangunkan sebuah permainan baharu iaitu ARC Raiders.

ARC Raiders dibangunkan di bawah studio baru iaitu Embark Studio yang dimiliki oleh Nexon, sebuah studio permainan yang berpangkalan di Stockholm, Sweeden. Ia dikatakan akan diperlihatkan di The Game Awards yang akan berlangsung pada 9 Disember ini. 

Sebelum ini mereka juga pernah memperlihatkan seni konsep permainan ini pada tahun lalu melalui sebuah blog di Medium

Patrick Soderlund sebelum ini berkhidmat di DICE sebagai CEO Battlefield dan pernah memegang beberapa jawatan lain sebelum meninggalkan EA pada 2018.

ARC Raiders juga dijangkakan akan menyertai 10 pengumuman permainan baharu di The Game Awards, yang sebahagian daripadanya adalah IP baharu.

Sumber: GameSpot