Bekas pembangun Sonic bangunkan permainan sendiri

By Taib Mohamed | December 22, 2021

Dengan pengalaman 37 tahun menjadi pembikin permainan dan mengetuai proses pembangunan Sonic the Hedgehog, Yuji Naka kini memperlihatkan permainan yang dibangunkannya, Shot2048.

Yuji Naka yang kini menggerakkan studio permainan sendiri, Prope, mengumumkan permainannya melalui sebuah ciapan di Twitter miliknya.

Shot2048 adalah permainan teka-teki untuk peranti mudah alih yang tersedia untuk pengguna platform Android dan iOS.

Ia boleh dimainkan secara percuma tetapi ianya mempunyai banyak iklan di dalam permainan. Pemain diberi pilihan untuk memadamkan iklan dengan membayar US$5.99 (RM25.25).

Sumber: The Verge.