Berjaya Dragons, Todak antara wakil Malaysia ke League of Legends: Wild Rift Southeast Asia Icon Series: Preseason

By Hazril Md Nor | February 4, 2021

Riot Games Asia Tenggara hari ini mengumumkan League of Legends: Wild Rift Southeast Asia Icon Series: Preseason, satu kejohanan peringkat serantau yang akan berlangsung selama lima minggu.

Kejohanan Wild Rift ini menampilkan tujuh negara akan bertanding menjadi juara di negara masing-masing iaiitu di Filipina, Vietnam, Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia dan Singapura.

Selepas pra-musim, pemain di rantau ini berpeluang untuk menyertai Wild Rift Southeast Asia Icon Series: Summer, satu kejohanan lapan minggu bagi pasukan-pasukan bertanding di peringkat serantau. Ini adalah kejohanan yang akan mempunyai peringkat kelayakan (qualifier).

“Kejohanan Southeast Asia Icon Series ini adalah langkah pertama kami mengembangkan League of Legends: Wild Rift sebagai satu e-sukan peringkat serantau yang disertai oleh pemain berbakat dan mempunyai minat,” kata Ketua E-sukan Riot Games Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Chris Tran.

Kejohanan pra-musim ini akan bermula pada 26 Februari dan memaparkan aksi antara pasukan bertanding selama tiga hari. Setiap negara akan bekerjasama dengan rakan e-sukan masing-masing.

Ini adalah jadual bagi kejohanan ini bermula mengikut negara dan nama rakan e-sukan:

  • Vietnam (VNG) – 26 Februari – 28 Februari
  • Malaysia (ESL) – 6 Mac – 7 Mac
  • Taiwan (Cyber Games Arena) – 11 Mac – 14 Mac
  • Thailand (ESL) – 13 Mac – 14 Mac
  • Filipina (PPGL) – 20 Mac – 21 Mac
  • Indonesia (One Up) – 19 Mac – 21 Mac
  • Singapura (Eliphant) – 26 Mac – 28 Mac

Antara pasukan yang bertanding mengikut negara:

  • Malaysia – Berjaya Dragons, Todak
  • Indonesia – Alter Ego, ONIC
  • Filipina – Bren Esports, RRQ PH, Team Secret
  • Singapura – The Alliance
  • Taiwan – Flash Wolves, ONE Team, TXO
  • Thailand – Kiing of Gamers Club
  • Vietnam – V Gaming, Saigon Phantom, SBTC Esports

Lebih banyak pasukan akan diumumkan dalam masa terdekat.