Biomutant kini terjual sejuta salinan

By Taib Mohamed | August 19, 2021

Biomutant, sebuah permainan RPG dunia terbuka daripada Experiment 101, sudah terjual lebih sejuta salinan dan mengembalikan kos pembangunan permainan itu dalam masa seminggu.

Disahkan oleh Embracer Group, syarikat induk pembangun itu, Biomutant menjadi punca utama kepada jualan dan pendapatan yang dihasilkan pada suku pertama tahun ini.

Meskipun dengan kejayaan dari segi kewangan, pelancaran permainan ini bukanlah sesuatu yang mudah, berikutan terdapat pelbagai masalah di PlayStation dan Xbox. Antaranya, masalah kualiti tekstur yang rendah dan isu framerate. 

Dengan mengumpul pendapat dan maklumbalas daripada komuniti, Experiment 101 telah memperbaikinya dengan melancarkan beberapa tampalan. Selain itu, pembangun juga membuat beberapa perubahan seperti gaya kombat, variasi loot, UI, misi dan pencerita permainan. 

Tampalan terkini daripada Experiment 101 diciap oleh pembangun di laman Twitter mereka.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI