Black Clover Mobile diumumkan pelancaran tahun hadapan

By syazwanbahri | December 21, 2021

Black Clover salah satu anime genre shonen yang berjaya menempatkan siri itu dalam hati dan minda peminat anime sedunia. Siri anime ini juga terkenal dengan muzik pembuka oleh Vickeblanka iaitu Black Catcher. Kini, permainan mudah alih baharu berasaskan Black Clover dijadualkan untuk keluaran 2022.

Penerbitnya ialah Pearl Abyss, iaitu pembangun di sebalik MMORPG Black Desert. Vic Game Studios, yang merupakan anak syarikat Pearl Abyss, sedang mengusahakan permainan itu. Ia akhirnya didedahkan dengan treler yang agak panjang semasa Jump Festa 2022. 

Menurut treler ini, adegan yang dilihat di treler itu semuanya dipetik terus dari permainan. Ini bererti bahawa apa yang kita lihat dalam treler adalah apa yang sebenarnya kelihatan seperti itu. 

Ia dijangkakan permainan ini menawarkan watak-watak untuk dikumpul oleh pemain. Namun, sistem pemerolehan watak-watak ini tidak didedahkan, dan dijangkakan menggunakan sistem gacha.

Setakat ini, belum ada tarikh pelancaran tetap untuk permainan ini, tetapi yang pasti, permainan ini akan dilancarkan di Android dan iOS pada tahun 2022.

Sumber rujukan: Famitsu