Blizzard mengalami serangan DDoS, Battle.net tidak boleh diakses sementara waktu

By syazwanbahri | November 26, 2021

Pengguna yang cuba bermain permainan yang dipautkan kepada pelancar Battle.net Activision Blizzard pada petang ini mungkin menghadapi masalah pelayan. Ini disebabkan oleh serangan DDoS pada perkhidmatan itu.

Menurut sebuah kicauan di Twitter, syarikat itu berkongsi ia menyedari isu yang berterusan sebelum menjelaskan bahawa perkhidmatannya diserang.

Bagi sesetengah pengguna, isu ini menghalang mereka daripada memulakan pelancar Battle.net sepenuhnya, manakala yang lain bermain Call of Duty, World of Warcraft, dan permainan Blizzard lain menghadapi masalah sambungan yang berbeza, termasuk ditendang keluar daripada permainan.

Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih, biasanya dikenali sebagai DDoS, adalah taktik berniat jahat untuk menghantar lebihan permintaan kepada perkhidmatan untuk menyebabkan ia berfungsi secara tidak teratur.

Buat masa ini, Blizzard belum berkongsi garis masa bila isu itu akan diselesaikan.

Sumber rujukan: Dotesports