BlizzCon 2021 akan diadakan secara digital, percuma untuk semua

By Burhanudin Zamri | November 4, 2020

Acara BlizzCon 2020 yang dianjurkan oleh syarikat gergasi permainan video Blizzard terpaksa dibatalkan kerana pandemik COVID-19. Pada bulan lepas, syarikat tersebut mengumumkan bahawa ia akan digantikan dengan acara digital BlizzConline 2021. Ia akan diadakan dari 19 hingga 20 Februari 2021.

Baru-baru ini, J. Allen Brack, Presiden Blizzard, menyatakan bahawa kemasukan untuk BlizzConline 2021 adalah percuma. Sebelum ini, semua acara fizikal BlizzCon memerlukan pembelian tiket. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan di acara ini adalah pertandingan cosplay, dan pertandingan penceritaan digital.

Fokus utama acara BlizzCon ialah pengumuman tentang permainan-permainan baharu yang sedang dibangunkan oleh Blizzard. Pada waktu ini, ramai pemain sedang menunggu maklumat baharu tentang Diablo 4 dan Overwatch 2.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi BlizzCon.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.