Bos PlayStation Mengacah PS5 Akan Mempunyai Lebih Game Multiplayer Eksklusif Berbanding PS4

By Hazril Md Nor | February 16, 2019

Sony Interactive Entertainment (SIE) dah pun jarang membangunkan permainan video multi-pemain sekarang.

Mereka sekarang dikenali dengan permainan berteraskan naratif yang kuat, plot yang mendalam, semuanya didapati dalam single-player games. Contohnya, God of War, Spider-Man, Horizon: Zero Dawn dan Uncharted 4: A Thief’s End yang mencatatkan jualan tinggi.

Walaupun begitu, Sony masih ingin cuba untuk menambahkan lebih banyak permainan multi-pemain dan mengacah tentang masa depan PlayStation, kata CEO PlayStation, Shawn Layden.

“Kita ada judul sukan, beberapa judul perlumbaan dan tiada yang lain (multi-pemain). Tapi kami tak tolak kemungkinan untuk meneroka genre yang disukai ahli keluarga.

“Saya tak bermaksudkan seperti GTA 5 Online, Call of Duty atau Fortnite. Kami biasa meneroka genre yang lebih kepada penceritaan dan naratif tapi tak banyak kepada multiplayer. Saya rasa, itulah genre yang anda semua mungkin akan nampak kami fokuskan selepas ini,”

Biarpun Layden masih mengacah yang PlayStation akan membuat kemunculan dalam genre multi-pemain, ia mungkin seawal konsol generasi masa depan iaitu PlayStation 5. Tak mustahil juga kalau kita nampak permainan battle royale menggabungkan Nathan Drake, Crash Bandicoot atau Kratos berlawan di sebuah pulau kan?

Sumber: Comicbook