Call of Duty: Vanguard Alpha tiba minggu depan untuk pemain PS5 dan PS4

By Taib Mohamed | August 23, 2021

Activision mengumumkan bahawa kesemua pemain PS5 dan PS4 boleh untuk sertai Call of Duty: Vanguard Alpha pada 27 Ogos dan mencuba mod permainan baru, Champion Hill.

Didedahkan di PlayStation.Blog, permainan Alpha itu akan bermula pada 1.00 am, 28 Ogos MYT hingga 1.00 am 30 Ogos MYT.

Pemain PlayStation bukan saja tidak perlu pra-tempah tetapi pemain di kebanyakan negara juga tidak perlu langganan PlayStation Plus untuk sertai Alpha ini. Namun, pemain PS4 dan PS5 memerlukan langganan berikutan keperluan peringkat umur dan yuran tambahan diperlukan untuk pengguna PS5 dan PS4 di Jepun. 

Pra-memuat Call of Duty: Vanguard Alpha akan bermula pada 6.00 pm 23 Ogos dan pemain Call of Duty: Modern Warfare, Warzone atau Black Ops Cold War akan boleh mengakses melalui menu permainan tertentu selepas mereka memuat turun.

Kesemua peserta Alpha akan menerima Callin Card dan Emblem di Vanguard begitu juga di dalam Warzone berikutan integrasi Vanguard.

Champion Hill adalah pertandingan survival pelbagai arena dan di dalam Alpha, ia akan menampilkan Champion Hill versi Duo dan Trio dan pemain akan bersain di dalam pertandingan round-robin menentang tujuh pasukan lain. 

Setiap skuad akan mendapat jumlah nyawa dan perlu menjadi yang terakhir hidup di dalam pusingan Combat. Semua pemain akan dilengkapkan dengan Loadout yang sama, tetapi akan mendapat duit selepas membunuh pihak lawan yang boleh digunakan untuk membeli senjata dan peralatan.

Alpha hanya untuk pemain PlayStation sahaja, tetapi bagi yang telah pra-tempah di platform lain, akan mula menerima akses Call of Duty: Vanguard Beta pada September nanti. 

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI