Call Of Duty: Warzone Kini Catat 30 Juta Pemain Dalam Hanya 10 Hari

By Hazril Md Nor | March 23, 2020

Call of Duty: Warzone tak dinafikan lagi permainan video yang sangat hype ketika ini dengan mencipta fenomena tersendiri dalam genre battle royale. Malahan, peminat tegar francais COD turut mencuba dan menyukai permainan ini.

Dalam masa hanya 10 hari, ia sudah mencatatkan 30 juta pemain. Ini satu petanda baik untuk genre battle royale ini pada masa hadapan. 

Tak dinafikan, sejak beberapa tahun kebelakangan, peminat permainan video menyukai genre battle royale, contohnya: PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Fortnite dan Apex Legends. 

Selain itu, angka yang tinggi adalah berikutan sokongan daripada Infinity Ward, Raven Software dan penambahan beberapa ciri untuk pasukan lebih besar dan lobi memuatkan lebih ramai pemain.

Situasi COVID-19 yang juga pandemik memaksa lebih ramai gamers untuk duduk di rumah dan menghadap komputer jadi berkemungkinan angka ini akan meningkat lebih drastik dalam masa terdekat. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.