Caster Malaya diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk semua pengulas e-sukan negara

By Mike Hayate | October 6, 2021

Caster Malaya diwujudkan untuk mencari dan mencungkil bakat pengulas dalam industri e-sukan.

Komuniti ini sudah terbentuk hasil dari perbincangan barisan pengulas yang bertujuan untuk memudahkan pihak penganjur mendapatkan bakat-bakat baru dalam bidang pengulasan terutamanya e-sukan.

Caster Malaya juga akan dijadikan tempat latihan kepada pengulas untuk menyiapkan diri menjadi pengulas yang berkualiti untuk masa akan datang.

Barisan Majlis Tertinggi Caster Malaya 2021/2022

Tahniah diucapkan atas pelantikan Majlis Tertinggi Caster Malaya bagi sesi 2021/2022 pada Mesyuarat Agung Caster Malaya yang telah diadakan pada 1 Oktober lepas.

Senarai Ahli Majlis Tertinggi:

Presiden: Azrul Anwar (J Hunter)
Timbalan Presiden: Iwan Idham (Cik Am)
Setiausaha Agung: Wan Iswandi (Ketupat)
Naib Setiausaha: Muhammad Fakrurazie (Funskill)
Bendahari Kehormat: Andrew Cheong (Sir Cloud)
Naib Bendahari: Nur Zafirah (Fyra)
Ketua Bahagian Produksi: Muhammad Zahir (Alphamale)
Ketua Bahagian Operasi: Putera Mohd Farizzul (Zul Plays)
Ketua Bahagian Media: Imran Syahril (Abey)
Ketua Bahagian Hal Ehwal Wanita: Farah Nabilah (Sinara)

Dengan barisan ini Caster Malaya pasti akan dibawa ke satu tahap lebih tinggi terutamanya di pentas antarabangsa.

Sudah lama komuniti caster seperti ini dinantikan untuk menjadi lebih menonjol dan sudah pasti Caster Malaya bakal membawa banyak perubahan dan kebaikan baru untuk masa hadapan e-sukan di persada negara dan antarabangsa.

Nak join Discord? klik SINI.