Celiboy masih bersama pasukan Alter Ego

By Hazrul Md Nor | October 28, 2021

Susulan dari ucapan terima kasih buat Celiboy oleh Alter Ego Esports semalam. Banyak spekulasi yang dibuat oleh netizen dari Indonesia tentang berita itu, ada yang mengatakan Celiboy sudah keluar dari pasukan dan menyertai pasukan baru iaitu Sadboys Team.

Namun begitu, ternyata Alter Ego hanyalah bercanda semata-mata. Mereka membuat pengumuman baru bahawa Celiboy tidak akan keluar dari pasukan dan akan kembali ke gaming house pasukan itu.

https://www.instagram.com/p/CVj07E2rSN8/

Celiboy mula menyertai pasukan itu 2 tahun lalu namun gagal membawa sebarang piala ketika ini. Peluang beliau untuk mencapai hasrat itu mungkin akan berhasil di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI 2021) ini.

Nampaknya Nasi Uduk masih memberikan kepercayaan kepada miracle boy untuk musim seterusnya. Adakah anda juga terpedaya dengan prank dari Alter Ego Esports semalam?