Clash of Titans klon Arena of Valor atau MLBB?

By Mike Hayate | December 28, 2021

Artoz SG baru-baru ini telah mengumumkan satu MOBA mudah alih bertajuk Clash of Titans.

Di India, Mobile Legends: Bnag Bang (MLBB) dan League of Legends: Wild Rift tidak boleh dimain di beberapa tempat di India.

Permainan video telah dikeluarkan di pelantar Android dan iOS.

Clash of Titans ini banyak mendapat desas-desus kerana dikatakan permainan  MOBA di pelantar mudah alih pertama dari India.

Namun masalah kian terlihat apabila Clash of Titans membuat promosi yang terlalu sama dengan Arena of Valor (AoV).

Promosi Clash of Titans pula mempunyai banyak persamaan dengan AoV dari Tencent.

Malah beberapa promosi skin pula meletakkan karakter AoV untuk mempromosi Clash of Titans.

Malah setakat ini Clash of Titans baru sahaja menunjukkan video permainan video mereka yang betul nampak seperti Mobile Legends: Bang Bang tetapi dengan sedikit perubahan untuk membezakan.

Kemas kini

Menurut DotEsports, difahamkan Clash of Titans adalah Arena of Valor tetapi ditukarkan nama ke Clash of Titans selepas AoV diharamkan di India.

Namun, Clash of Titans berada di bawah syarikat lain iaitu Actoz SG dimiliki oleh syarikat Shengqu Games.

Shengqu Games telah membuat persetujuan dengan Tencent untuk dibenarkan membuat promosi dan mengeluarkan permainan video dari Tencent di pelantar mereka.

Masih belum diketahui samada Clash of Titans akan mengekalkan persamaan atau menukarkan permainan video mereka lain sedikit daripada AoV.

Kembalinya AoV sebagai Clash of Titans membolehkan India untuk ke Asian Games 2022 nanti.

 

Rujukan: AfkGaming