CSGO: RFRSH Jual Astralis Dan Origen Dengan Harga Kira-Kira RM45 Juta

By Hazril Md Nor | August 1, 2019

Pasukan Counter Strike: Global Offensive, Astralis dan Origen (League of Legends) tidak lagi menjadi hak milik RFRSH, selepas syarikat itu menjual mereka kepada Astralis Group ApS, satu syarikat e-sukan yang baru berpangkalan di Denmark. 

Mengikut laporan sport.tv.dk, urusniaga itu dimeterai dengan harga kira-kira RM45 juta hingga RM66 juta!

Ini bermakna sudah tiada conflict of interest antara Siri Blast Pro dan Astralis – yang mana kedua-duanya diuruskan oleh RFRSH.

Berita jual beli pasukan Astralis dan Origen hadir beberapa minggu selepas ada emel tertiris yang mendedahkan hubungan antara kedua-dua pasukan dan syarikat ini. Pemain Astralis menerima kritikan kurang baik dari komunisi kerana mereka menghadiri hampir semua acara BLAST pada separuh pertama tahun ini.

Kejohanan itu juga menerima kritikan antaranya kerana isu berhubung pertukaran lokasi pada saat-saat akhir.

Prestasi Astralis juga menjunam apabila membiarkan Team Liquid mengambil alih gelaran nombor satu dunia dari mereka.

Mereka akan bertarung di StarLadder Berlin Major sebagai pasukan bebas dan sebagai juara bertahan.

Sumber: DotEsports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.