CS:GO: Valve Akhirnya Memperkenalkan Mod Battle Royale

By Hazril Md Nor | December 7, 2018

Memang tak dinafikan lagi, mod Battle Royale menggegarkan komuniti gaming seluruh dunia.

Tengok je populariti Fortnite dan PUBG yang ‘meletup’ sampaikan mencatatkan keuntungan berbilion Dollar. Dalam genre FPS atau shooting yang sama, Valve pun taknak ketinggalan untuk CS:GO dengan memperkenalkan Danger Zone.

Menurut Valve, ia adalah pengalaman bermain dalam talian yang fast-paced – diinspirasikan dari Battle Royale. Tapi kali ini, Valve memasukkan resepi CS:GO ke dalam mod ini:

Drop di Blacksite

  • Masuk ke dalam perlawanan dengan 18 orang. Cari apa yang korang dapat, dan bersedia untuk cabaran.

Lawan atau lari.

  • Periksa tablet korang untuk intel, pilih untuk lawan atau terus survive dengan cara bijak.

Tiada masa perlu dibazirkan.

  • Cuba kemahiran korang, manfaatkan kelengkapan dan pastikan setiap saat berharga.

Pemain juga mempunyai beberapa senjata api yang tersedia untuk mereka seperti dalam CS:GO. Dari SMG, ke rifle — dan juga heavy artilerry yang dikenali ramai. 

Counter Strike mendominasi era PC gaming sejak Ogos 1999 apabila mod asalnya dimainkan paling banyak oleh gamers di seluruh dunia. Selain terjual lebih 25 juta unit dan dipertandingkan secara meluas dalam esports, ini adalah sebab untuk kami mengembangkan pengaruh CS:GO dengan memperkenalkan gameplay lebih fresh kepada pengguna PC, konsol generasi seterusnya dan MAC,” – kata Doug Lombardi di Valve.

Selain itu, CS:GO juga sekarang sedia dimainkan secara percuma di Mac dan Windows tanpa sebarang caj.

Ini bermakna yang dah membeli CS:GO di Steam akan menerima Prime benefit di akaun mereka yang mana korang akan dapat weapon casesitem drop, dan souvenir eksklusif.

Bagi yang belum membeli dan ingin bermain Danger Zone, korang boleh dapatkan Prime status dengan harga RM63.

Sumber: Comicbook