Deathloop Mungkin Menjadi Mobile Game Seterusnya Daripada Bethesda

By Hazril Md Nor | January 3, 2019

Nampaknya bukan Elder Scrolls: Blades saja permainan yang dibangunkan Bethesda untuk peranti pintar — permainan baru iaitu Deathloop dikatakan dalam pembangunan.

ZeniMax Media mendaftarkan nama “Deathloop” trademark pada Disember lalu dengan US Patent Office. Trademark ini adalah berkaitan ‘perisian aplikasi peranti pintar’ dan ‘servis hiburan’ yang berkait rapat dengan apa saja berkenaan permainan.

Mengikut namanya, Deathloop mungkin adalah permainan yang sangat mencabar di mana karakter korang mungkin akan mati lagi dan lagi. Tapi setakat ini Bethesda tak dedahkan apa-apa pun tentang gameplay.

Sementara itu, Elder Scrolls: Blades yang ditunda sehingga Mac ini pastinya akan memberi nafas baru kepada Bethesda untuk pasaran peranti pintarnya.. dan dengan kehadiran Deathloop nanti, kita dapat lihat jika mereka akan ikut jejak langkah Blizzard dengan pengumuman Diablo Eternal ataupun tidak.

Sumber: Pocketgamer