Demo Penuh Marvel’s Avengers Bakal Didedahkan Pada Bulan Ogos Ini

By Intan Mawarni | July 19, 2019

Semasa di San Diego Comic Con (SDCC), Crystal Dynamics mempersembahkan Marvel’s Avengers khas bagi pengunjung SDCC. Tetapi tidak lama lagi, video gameplay itu bakal didedahkan untuk orang ramai seminggu selepas persidangan Gamescom pada bulan Ogos ini.

Perkara ini disahkan oleh pembangun sendiri, Crystal Dynamics semasa panel Marvel Games. Demo yang ditayangkan semasa SDCC adalah lanjutan sambutan A-Day yang bertukar menjadi tragedi yang mana pernah ditonjolkan dalam trailer acah E3 2019. 

Pengarah Crystal Dynamics, Shaun Escayg menjelaskan sedikit sebanyak tentang Marvel’s Avengers seperti korang boleh mengubahsuai hero-hero Avenger dengan kostum klasik, baru dan kegemaran peminat.

Dalam satu tweet langsung oleh Twitter rasmi Marvel’s Avengers, demo panjang ini memberi peluang kepada pemain untuk bermain sebagai kelima-lima Avengers iaitu Captain America bersama perisai ikonik, Iron Man dengan teknologi sut, Thor dengan kuasa Mjolnir dan petir, Hulk dengan kekuatan luar biasa serta Black Widow dengan kepintaran dan pergerakan akrobatiknya mengalahkan Taskmaster.

Menurut Gamespot, apa yang menarik dalam lanjutan demo ini adalah kehadiran Ms. Marvel atau nama sebenar, Kamala Khan yang terlibat dalam tragedi A-Day. Dalam demo itu, Kamala berada dalam keadaan tak sedarkan diri dan dikelilingi oleh gas hijau misteri yang mungkin terlibat dalam transformasi dia untuk menjadi Ms. Marvel. Namun, Square Enix dan Crystal Dynamics masih lagi tidak memberi apa-apa info tentang penglibatan Ms. Marvel.

Selain itu, pemain boleh ubahsuai cara permainan hero mereka dengan membuka skil baru dan memilih senjata dan perisai mengikut citarasa mereka. Jadi, Captain America korang mungkin berbeza dengan pemain lain.

Shaun juga menjelaskan Marvel’s Avengers ini adalah game memfokuskan kepada penceritaan dengan sesetengah misi direka untuk hero tertentu. Oleh sebab itu, misi utama Marvel’s Avengers hanya boleh dimainkan secara solo manakala mod co-op seramai 4 pemain dibuka bagi misi sampingan sahaja. Demo Marvel’s Avengers bakal ditonjolkan di mata orang awam sekitar 26 Ogos 2019.

Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada 15 Mei 2020 di PC, PS4, Xbox One dan Google Stadia. Pemain PS4 boleh cuba beta game ini lebih awal daripada platform lain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.