Developer Alan Wake, Remedy Entertainment Mengusahakan Projek Baru – Permainan Video Multi-Pemain

By Hazril Md Nor | August 30, 2018

Studio yang menghasilkan Max Payne, Alan Wake dan Quantum Break nampaknya ingin cuba sesuatu yang baru untuk produk seterusnya: iaitu permainan multi-pemain.

Remedy Entertainment sedang mengusahakan projek dan menubuhkan Vanguard. Pasukan khas ini ditugaskan untuk develop permainan video yang mempunyai fokus berlainan berbanding tiga permainan di atas. Pasukan yang mengusahakan projek ini adalah kecil dengan mentaliti startup dan perlu ditugaskan membangunkan pengalaman bermain game multi-pemain yang baru.

Sasarannya adalah untuk membangunkan permainan video yang ‘meletup’ dan sesuai dengan standard Remedy Entertainment.

Studio ini biasanya dikenali dengan permainan single-player yang memfokuskan naratif tapi kali ini mungkin pendekatan mereka lebih berlainan. Satu lagi permainan mereka iaitu Control akan keluar pada 2019 serta CrossFire HD dan CrossFire 2.

Peminat yang menantikan footage terbaru untuk projek-projek ini perlu menunggu lama sikit sehingga Remedy mengumumkannya.

Keputusan Remedy untuk memasuki pasaran permainan multi-pemain ini mungkin kerana nampak potensi keuntungan pada genre ini seperti yang kita lihat seperti Battlefield, Call of Duty, PUBG dan Fortnite misalnya.