Devil May Cry 5 Mungkin Mempunyai Karakter Ketiga Boleh Dimainkan & Antagonis Paling Kuat Dalam Siri Ini

By Hazril Md Nor | June 25, 2018

Sebelum ini, kami melaporkan informasi mengenai Devil May Cry 5 yang menampilkan Nero sebagai teraju utama.

Kali ini, ada info tambahan yang didedahkan dalam majalah Famitsu.

Majalah itu memuatkan empat halaman penuh untuk Devil May Cry 5 dan memberikan maklumat lanjut di dalamnya. Pertamanya, pembangunan game itu dikatakan sudah 75% selesai. Berita baik ini menunjukkan DMC 5 berada dalam haluan baik untuk tarikh pelancarannya pada Mac 2019. 

Keduanya, antagonis dikatakan lebih kuat dari kesemua yang dihadapi oleh Devil Hunters sejak siri ini dimulakan. Jadi ini adalah masuk akal memandangkan ini adalah permainan akhir dalam siri utama Devil May Cry. Sesuatu yang misteri berlaku dalam Dunia Syaitan yang menyambung kepada situasi berlaku dalam trailer.

Nero ingin mendapatkan apa yang hilang. Mungkin ia merujuk kepada lengan Demon ataupun sesuatu berlaku kepada Kyrie sekali lagi. Nero juga meninggalkan seorang lelaki sebelum menuju ke bandar. Mungkin juga ini adalah karakter ketiga yang boleh dimainkan? Info lanjut akan menyusul kelak.

Devil May Cry 5 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada  Mac 2019.

Sumber: Gearnuke