DICE Akan Menghentikan Sokongan Untuk Battlefield 1 Pada Jun Ini

By Hazril Md Nor | April 26, 2018

Battlefield 1 antara taruhan EA untuk terus dominan dalam arena first-person untuk setahun lebih dengan menawarkan mod single-player dan multi-pemain yang ramai peminat selalu mainkan.

Tapi dengan adanya berita yang Battlefield V dah dekat, mungkin dah sampai masanya sokongan untuk game itu akan berakhir tak lama lagi.

Bukannya server akan ditutup atau apa, korang boleh main macam biasa dan have fun. Tapi kemaskini terakhir dari DICE untuk Battlefield 1 macam menunjukkan ia adalah yang terakhir buat masa ini.

“Kami akan terus mengemaskini Battlefield 1 hingga Jun 2018 yang mana anda boleh harapkan kandungan baru yang diperbaiki untuk kepuasan pemain. Seperti yang dilihat di halaman Updates, ia boleh meliputi macam-macam: matchmaking, weapon balancing, dan tanduk Dreadnought yang kadang-kadang ada bug,” – jurucakap DICE.

Walaupun ini macam berita sedih untuk kebanyakan peminat, banyak lagi yang mereka boleh harapkan dalam kemaskini ini.

Pertamanya, peta They Shall Not Pass akan hadir untuk semua pemain dan Rupture yang boleh dimainkan bermula hari ini. Dan nampaknya banyak lagi peta akan datang bulan depan tapi masih belum mendapat tarikh rasmi lagi.

Ini mungkin adalah mod dinantikan semua: Shock Operations. Ia mod yang menyokong 40 orang pemain dan meletakkan penyerang dan pertahanan berperang di beberapa sektor seperti mod Operations yang diminati semua. 

Tapi kali ini aksi akan memfokuskan pada satu peta saja, berbaloi jika korang tak ada masa untuk satu perlawanan penuh Operations. Update penuh boleh didapati di SINI.

Battlefield 1 dikeluarkan di Xbox One, PlayStation 4 dan PC. 

Sumber: Comicbook