DM tertiris menunjukkan sesalan Valkyrae terhadap kontroversi RFLCT

By syazwanbahri | October 29, 2021

Baru-baru ini, streamer terkenal Rachell “Valkyrae” Hofstetter menerima kritikan tentang produk pseudosains yang diberi nama RFLCT. 

Jenama penjagaan kulit baharu oleh Ideavation Labs mendapat kecaman selepas ia membuat dakwaan yang meragukan mengenai kesan cahaya biru tiruan pada kulit. Seorang streamer bernama Atrioc secara tidak sengaja menayangkan DM peribadi antara Valkyrae dan personaliti Twitch Ludwig semalam.

Atrioc menggunakan komputer Ludwig semasa strim Twitch Rivals dan mendedahkan aplikasi Discord Ludwig, yang menunjukkan mesej antara Ludwig dan Valkyrae. Ludwig menganjurkan kejohanan Fall Guys dengan kumpulan hadiah AS$50,000. Beberapa streamer terkemuka mengambil bahagian termasuk xQc, Sykkuno, BrookeAB dan MoistCr1TiKaL.

DM yang ditayang secara tidak sengaja antara Valkyrae dan Ludwig hanya berada di skrin untuk seketika, tetapi cukup untuk mendedahkan pemikiran Valkyrae mengenai kontroversi yang berterusan itu.

Valkyrae memberitahu Ludwig bahawa beliau mempercayai pasukannya dan percaya penyelidikan yang ditunjukkan kepadanya, sentimen yang beliau juga nyatakan dengan tegas semasa strim YouTubenya pada 23 Oktober. Ludwig menyatakan empati terhadap situasi Valkyrae dan berkongsi pendapatnya tentang Ideavation Labs pengeluar RFLCT.

Ideavation Labs enggan mendedahkan penyelidikannya kepada umum menyebabkan ramai yang percaya bahawa penyelidikan mungkin tidak boleh dipercayai atau tidak lengkap.

Valkyrae mendedahkan bahawa pengedar produk kecantikan utama A.S. ULTA melabur AS$4 juta (RM16.5 juta) untuk membawa rangkaian RFLCT di kedai mereka di seluruh negara. Beliau berhujah bahawa ULTA mesti mempercayai penyelidikan rahsia Ideavation Labs jika ia bersedia untuk melabur dalam jenama itu. Maklumlah, Valkyrae masih kecewa dengan RFLCT.

“Ini merosakkan imej saya jika penyelidikan itu tidak diketahui umum,” katanya kepada Ludwig. “Saya benar-benar memerlukannya untuk didedahkan kepada umum… Saya sepatutnya bertanya lebih banyak soalan, saya hanya fikir ia jelas akan ada,” tambahnya.

Valkyrae terus menyatakan sesalannya dalam mesej, mengatakan beliau menjadi ‘seorang penipu’. Namun, beliau tidak menipu penontonnya, sekurang-kurangnya tidak sengaja. Memandangkan kepercayaannya yang tulen terhadap penyelidikan rahsia itu, nampaknya dia sendiri yang menjadi mangsa.

Valkyrae bercadang mahu meninggalkan kerjasamanya dengan RFLCT dan meninggalkan kontraknya memandangkan beliau tidak menandatangani salah satu daripada kontraknya.