DOTA 2: Bekas Pemain Pain X Disingkirkan Daripada Chongqing Major

By Hazril Md Nor | November 29, 2018

Lepas habis satu drama, ada pulak drama lain.

Dalam satu pengumuman mengejutkan, Valve menyingkirkan ‘test 123’, skuad mempunyai bekas pemain Pain X yang berpisah dari organisasi itu beberapa minggu lalu dari menyertai Chongqing Major.

Pasukan itu merangkumi empat pemain dari Pain X dan ahli baru, Kitrak yang menerima jemputan terus untuk kelayakan Amerika Selatan bagi Chongqing Major. 

Hari ini, Valve mengeluarkan kenyataan mengatakan pasukan itu bukanlah dari Amerika Seltan tapi mereka hanya berlatih di sana untuk menyertai kelayakan. Slot ini dah pun diisi oleh Thunder Predator dari Peru.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Ia bermula apabila Peter ‘PPD’ Dager membuat satu post Twitlonger berkenaan slot Amerika Selatan untuk Major. Permohononan mereka juga ditolak. Begitu juga dengan CCnC dan ahli pasukannya yang ditolak permohonannya oleh Valve.

Kalau korang perhatikan dari roster test 123, hanya ada seorang pemain Amerika Selatan dan lainnya dari Amerika Utara. Valve mengatakan mereka tak menetap di Amerika Selatan dan tak scrim (berlatih) bersama pasukan lokal dan ia tak memberi impak pun kepada pembangunan Dota 2 di rantau itu.

Tapi yang peliknya, entah macam mana mereka menerima jemputan terus. Sepatutnya Valve kena lebih peka tentang isu ini dan bukan bertindak hanya apabila kelayakan telah pun bermula.

Tindakan ini dipersoalkan oleh Penganalisa, Nahaz. 

Nampaknya Chongqing Major mempunyai lebih drama dari yang positif. Dengan isu rasis daripada Skem dan Kuku yang kena ban daripada kejohanan itu, Valve perlu buat sesuatu dan set satu garis panduan untuk pusingan kelayakan lain.

Sumber: VPEsports