DOTA 2: Hos Bagi Kejohanan The International 2018 Diumumkan, Redeye Kembali!

By Hazril Md Nor | August 1, 2018

The International 2018 kian menghampiri tapi kali ini di Vancouver, British Columbia, Kanada pada 20 hingga 25 Ogos ini! Setakat artikel ini ditulis, $22,743,964 USD adalah wang tunai terkumpul yang mana jualan Battle Pass merangkumi 25% keuntungan disalurkan kepada prize pool.

Kini, kita dah pun tahu barisan hos yang akan membuat kemunculan di acara tahunan Dota 2 ini!

Seperti yang dilihat pada visual di atas, nampaknya Paul ‘Redeye’ Chaloner kembali memegang takhtanya sebagai hos, menggantikan Sean ‘Day [9]’ Plott yang sebelum ini dipilih Valve atas dasar memperkenalkan Dota 2 kepada umum menerusi penstriman The International 7 di kebanyakan platform.

BACA: Siapa Sean ‘Day [9]’ Plott?

Walaupun ada yang memuji tindakan Valve, ada yang kurang berpuas hati kerana tindakan itu dianggap membuatkan TI 7 kurang meriah dan pesonanya. Day 9 adalah seorang yang sangat terkenal dalam Starcraft — sebagai pemain dan kemudian commentator.  Komuniti pula ada yang mengkritik kredibiliti Sean kerana pengetahuannya yang sangat terhad dalam Dota 2 — hanya ambil masa 3 bulan untuk belajar mekanisme dan gameplay Dota 2!

Alex ‘Machine’ Richardson pula diharapkan tak menjadi hos ketika group stage saja seperti TI 7 sebelum ini. Beliau mempunyai energy dan sangat efisien sebagai hos seperti dalam Epicenter dan sepatutnya digunakan bakat itu untuk menjadi co-host bersama Redeye pada main event nanti.

BACA: Machine Akan Hos Epicenter 2017 (Artikel tahun lalu dari Gosu Gamers)

Kaci dan Sir Action Slacks pula macam korang tak biasa, tetap gandingan ideal sebagai wartawan lokasi yang sentiasa buat havoc sepanjang berapa TI dah mereka berganding bersama. 

Selepas menjalani rawatan kanser payu dara, nampaknya Sheever dah makin sihat dan bersedia untuk berikan yang terbaik dalam pengacaraan di The International 8 kali ini! 

BACA: Kondisi Sheever Bertambah Baik

William ‘Chobra’ Cho pula adalah Produser Kreatif di ESL Amerika sebelum ini dan beliau juga pernah menjadi desk hos di ESL One Frankfurt. Setakat ini kita masih belum tahu jika dia akan co-host bersama Sheever, Redeye atau Machine.

BACA: Chobra Adalah Hos ESL One Frankfurt

Nantikan dari Team MyGameOn untuk artikel lebih lanjut menyusuli The International 8 nanti!