DOTA 2: Liquid Kecundang Ke Lower Bracket, PSG.LGD Mara Ke Upper Bracket Final The International 8

By Hazril Md Nor | August 23, 2018

Perlawanan Upper Bracket untuk Top 6 di The International 2018 nampaknya sangat sengit dan mendebarkan!

Juara edisi 2017, Team Liquid berdepan dengan PSG.LGD, satu-satunya skuad China yang masih bertahan dalam kejohanan ini. Mengikut pattern The International dari dulu lagi, China sepatutnya memenangi kejohanan ini setiap dua tahun jadi adakah rekod itu akan dikekalkan kali ini? Jom saksikan analisis permainan dari penulis bagi perlawanan ini!

GAME 1

Draft daripada Liquid agak kuat dengan Enchantress sebagai pick pertama, menunjukkan mereka ingin bermain agresif pada mid game. Melengkapkan skuad itu ialah Necrophos yang dipakai Matumbaman (ultinya digunakan untuk shutdown Gyrocopter).

Akhir sekali, Miracle- memilih Phantom Lancer untuk menguatkan lineup itu yang tak mempunyai solid carry. Bagaimanapun, LGD mempunyai kelebihan kali ini dengan last pick sebagai Leshrac yang dimainkan Somnus.

Hero ini nyata game changer bagi LGD kerana gabungan Gyro dan Leshrac mampu menghapuskan ilusi dicetuskan PL dalam masa singkat.

Sepanjang perlawanan berlangsung, Liquid mempunyai peluang agak tipis apabila Gyrocopter banyak kali diselamatkan oleh FY dengan relocate. Chalice yang bermain sebagai Tiny pun apa kurangnya membantu untuk shutdown cores Liquid berulang kali dengan initiation yang sangat kemas.

Pada akhirnya, Liquid agak struggle untuk maju ke depan disebabkan Gyrocopter yang banyak kali menangkan teamfight LGD dan mendapat gold banyak daripada ancient stacks.

Minit akhir sebelum mereka berdepan kekalahan, Matumbaman mengalami kesukaran mencari sasaran kerana Gyro yang aktif BKB. Miracle- pula nyata struggle dengan ilusinya yang mudah lenyap dan keseluruhan Liquid terbenam di bawah cengkaman LGD dalam perlawanan pertama Upper Bracket Top 6 ini.

GAME 2

Liquid bermula dengan line up yang agak sama dengan LGD pada perlawanan sebelumnya, mengutamakan kekuatan kombo IO dan Gyrocopter. Mereka juga menggunakan Ursa dan Alchemist sebagai pick akhir untuk mengelirukan keputusan LGD.

LGD bagaimanapun memilih BloodSeeker untuk counter Liquid di midlane dengan base damage tinggi dan quelling blade.

Pemilihan BS ternyata memihak kepada Liquid apabila Somnus berjaya pick up core dan support Liquid one by one dan kemudian membiarkan Phantom Lancer untuk farm dan farm.

Liquid ingin Alchemist untuk carry perlawanan tapi LGD berjaya menangkapnya setiap masa. Matumbaman dan Mind Control juga mempunyai kesukaran untuk farm dan banyak kali dikalahkan oleh line up LGD.

Dengan kemenangan ini, LGD berjaya mara ke upper bracket final dan menanti pertemuan antara OG dan Evil Geniuses yang akan mara ke peringkat seterusnya.